Monday, December 30, 2019

Akhirnya dah jumpa dua garis :)

Dah lama tak update blog ni...boleh kira mmg betul-betul dah bersawang blog ni 🙈

Latest update - alhamdulillah kami dah jumpa dua garis untuk my second one. Dah tak ingat dah bila tarikh conceive tapi yang pasti deliver on 4 October 2016.

Dah tiga tahun dah budak kecik ni. My next journey continue in my other blog. Sila la singgah AdamAdelia Story

Kalau di imbau balik masa create blog ni dan ttc journey mmg ada ups and down. Sbb gap yg abg dan adik kira jauh la juga. Maybe its time for the next one 😚😇

For ttcian, jangan putus asa in sha allah dengan doa dan usaha , mana tau tahun seterusnya ada rezeki.



Friday, February 27, 2015

Bukan lagi rezeki kami

CD1 telah menjenguk masa cuti chinese year hari tu.

So bermula lagi cycle baru..

In sha allah , akan ada lagi rezeki kami.

Memang dah berniat jika cycle lepas tak jadi, akan berjumpa dengan gynea untuk checkup.

Selepas membuat resaerch doktor mana yang sesuai untuk kami membuat rawatan, akhirnya kami mengambil keputusan untuk checkup di KPMC Puchong.

Will story in details in the next post ;)

Wednesday, February 18, 2015

Cycle - January 2015

My BBT this month



Sampai ke hari ini belum period lagi, so wish me luck !!!

Usaha bulan ini

1) Minum Kopi Habbatus sauda
2) GLA & B Complexs Shaklee


Cycle - December 2014

Pada bulan ni saya dah mula BBT dan menggunakan OPK.
OPK strip saya beli kat internet. 90 sen satu...jadi jimat sebab nak monitor dari habis period sampai masa subur. Masa ni saya hanya beli 10 strip je...

Untuk BBT saya guna apps fertilityfriend. Setiap pagi senang nak catat. Semua masukkan dalam apps ni je.

BBT December 2014


 Perasan tak OPK saya positif masa CD 15 & CD 16. Masa ni bukan main confident ini masa subur. Tapi CD 26 tetiba suhu drop, masa ni dah konfius dah sbb fertility friend ni assume masa ni la masa subur dan kemudian suhu makin naik untuk hari hari berikutnya. So saya dah assume , untuk bulan ni memang tak ade rezeki. Dan utk bulan ni, saya lewat seminggu dari expected period date saya. Masa tu simptom-simptom awal kehamilan tu memang ada tapi itu juga tanda tanda nak period. Walaupun masih lagi cuba menaruh harapan supaya ada rezeki kali ni.....siap check darah kat gynea utk check hamil ke tak ( Ujian betaHCG) walaupun sebelum tu UPT negatif......haishhhh...masa tulis ni baru rasa nape la jadi gitu ...tapi kata org kalau dah menaruh harapan ni susah juga hehhe....So betaHSG come back negative ( <2 ) so mmg sah sah tak pregnant... masa tu baru pasrah dan 3 hari selepas tu memang betul period datang...


Usaha bulan ni

1) Minum Kopi Habbatus sauda
2) GLA , Vitalea & B Complexs Shaklee

Kisah TTC

Untuk anak kedua, rasanaya dah masuk 2 tahun mencuba. Sekali keguguran dan 2 kali chemical pregnancy ( tu pun assumption) heheh sbbnya betul ke faint line positive ataupun evap line. Sebab biasanya keesokannya, period pun dah sampai...sebab itu la kata based on assumption.

My period quite irregular. Kadang- kadang boleh mencecah 41 hari. Paling sekejap 26 hari. Jadi susah nak tau bila masa subur. Lagipun masih lagi menyusukan anak saya, jadi memang susah nak agak bila time subur.

For last 2 months, saya cuba menggunakan OPK strip dan BBT untuk tau bila saya ovulate.

Akan share my BBT in the next post :)



Permulaan

My TTC blog...selalunya just baca org lain punya journey. Jadi dah ter'inspired' to have one for myself. lebih kepada catatan diri sendiri sebenarnya...my journey to have the second little one...Masih lagi berusaha dan in sha allah semoga ada lagi rezeki untuk anak yang kedua....aminnn