Wednesday, February 18, 2015

Cycle - December 2014

Pada bulan ni saya dah mula BBT dan menggunakan OPK.
OPK strip saya beli kat internet. 90 sen satu...jadi jimat sebab nak monitor dari habis period sampai masa subur. Masa ni saya hanya beli 10 strip je...

Untuk BBT saya guna apps fertilityfriend. Setiap pagi senang nak catat. Semua masukkan dalam apps ni je.

BBT December 2014


 Perasan tak OPK saya positif masa CD 15 & CD 16. Masa ni bukan main confident ini masa subur. Tapi CD 26 tetiba suhu drop, masa ni dah konfius dah sbb fertility friend ni assume masa ni la masa subur dan kemudian suhu makin naik untuk hari hari berikutnya. So saya dah assume , untuk bulan ni memang tak ade rezeki. Dan utk bulan ni, saya lewat seminggu dari expected period date saya. Masa tu simptom-simptom awal kehamilan tu memang ada tapi itu juga tanda tanda nak period. Walaupun masih lagi cuba menaruh harapan supaya ada rezeki kali ni.....siap check darah kat gynea utk check hamil ke tak ( Ujian betaHCG) walaupun sebelum tu UPT negatif......haishhhh...masa tulis ni baru rasa nape la jadi gitu ...tapi kata org kalau dah menaruh harapan ni susah juga hehhe....So betaHSG come back negative ( <2 ) so mmg sah sah tak pregnant... masa tu baru pasrah dan 3 hari selepas tu memang betul period datang...


Usaha bulan ni

1) Minum Kopi Habbatus sauda
2) GLA , Vitalea & B Complexs Shaklee

No comments:

Post a Comment